Sedikit Bunyian

Ahad, 26 April 2009

Kenapa Kita Diuji


Assalamualaikum wr wb. Kadang-kadang bilamana kita dilanda pelbagai ujian dan dugaan, hati ini selalu sahaja merintih justeru pelbagai persoalan timbul dibenak hati sanubari kita.


>KENAPA AKU DIUJI ?


Maksud ayat al-Quran;


" Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja)mengatakan: "Kami telah beriman," sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. "

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


>KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN ?


Maksud ayat al-Quran;


" ..... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. "

-Surah Al-Baqarah ayat 216


>RASA KECEWA ??


Maksud ayat al-Quran;


" Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman. "

-Surah Al-Imran ayat 139


>BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA ?


Maksud ayat al-Quran;

" Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. "

-Surah Al-Imran ayat 200


"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan shalat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu', "

-Surah Al-Baqarah ayat 45


>APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI ??


Maksud ayat al-Quran;


" Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka ..... "

-Surah At-Taubah ayat 111


>KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ?


Maksud ayat al-Quran;


" ..... Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal. Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang agung. "

-Surah At-Taubah ayat 129


>AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI !!!!!!!!!!


Maksud ayat al-Quran;


" ..... dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. "

-Surah Yusuf ayat 87


Semoga segala persoalan dan rintihan yang melanda jiwa dan sanubari kita terubat dengan janji-janji Allah. Sesungguhnya kepada kitab suci Al-Quran lah tempat kita merujuk segala permasalahan kerana ia adalah penawar untuk kita.Marilah kita kembali kepada Al-Quran. Kembali mengamalkan ajaran yang terkandung di dalamnya dengan sempurna. Semoga Allah memberkati sahabat-sahabat di sana.


"IBU" atau "PASANGAN?"? ?

> Orang kata aku lahir dari perut ibu..
> Bila dahaga, yang susukan aku.. Ibu
> Bila lapar, yang suapkan aku.. Ibu
> Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Ibu
> Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
> Bila bangun tidur, aku cari.. Ibu
> Bila nangis, orang pertama yang datang ....Ibu
> Bila nak bermanja.. Aku dekati ibu
> Bila nak bergesel? Aku duduk sebelah ibu
> Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
> Bila nakal, yang memarahi aku ? Ibu
> Bila merajuk? yang memujukku cuma.. Ibu
> Bila melakukan kesalahan? Ibu juga lah yang paling cepat marah..
> Bila takut? Yang tenangkan aku.. Ibu
> Bila nak peluk? Yang aku suka peluk.. Ibu
> Aku selalu teringatkan .. Ibu
> Bila sedih, aku mesti telefon ibu
> Bila seronok? Orang pertama aku nak beritahu? Ibu
> Bila bengang.. Aku suka luah pada ..Ibu
> Bila takut, aku selalu panggil.. ? Ibuuuuuuuuuuuuu! !
> Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
> Bila nak exam, orang paling sibuk juga ibu
> Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu
> Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
> Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
> Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
> Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
> Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
> Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
> Yang selalu puji aku.. Ibu
> Yang selalu nasihat aku.. Ibu
> Bila nak kahwin..
> Orang pertama aku tunjuk dan rujuk? Ibu
> Aku ada pasangan hidup sendiri
> Bila seronok ... Aku cari pasanganku
> Bila sedih ... Aku cari Ibu
> Bila berjaya ... Aku ceritakan pada pasanganku
> Bila gagal ... Aku ceritakan pada Ibu
> Bila bahagia ... aku peluk erat pasanganku
> Bila berduka ... aku peluk erat ibuku
> Bila nak bercuti ... Aku bawa pasanganku
> Bila sibuk ... Aku hantar anak ke rumah ibu
> Bila sambut valentine ... Aku hadiahi bunga pada pasanganku
> Bila sambut hari ibu ... Aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
> Selalu...... ..Aku ingat pasanganku
> Selalu.....Ibu ingat kat aku
> Bila-Bila... ..Aku akan talipon pasanganku
> Entah bila....Aku nak talipon ibu
> Selalu....Aku belikan hadiah untuk pasanganku
> Entah bila.....Aku nak belikan hadiah untuk Ibuku
> Cuba bayangkan tiba-tiba pada suatu hari ibu hadir dalam mimpi dan berkata;
> "Kalau kau sudah habis belajar dan bekerja, bolehkah kau kirim wang untuk ibu? Ibu
> bukan nak banyak. Lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"
> Berderai air mata aku. Hari ini kalau ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku
> boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi. Bukan lima puluh
> ringgit. Lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Al-fatihah.
> *kepada yg masih ber "ibu"...renung2kanlah

Sengaja ana 'forword'kan artikel ni buat renungan kita semua. Jadikanlah iktibar dari kisah ini semoga kita tidak termasuk dalam kalangan orang yang rugi. Wallahu a'alam.

P/s: Kepada penulis asal artikel ini, ana mohon mohon kebenaran untuk 'post'kan artikel ini di dalam blog ana. Semoga ianya dapat menjadi iktibar buat kita semua. Insya Allah.