Sedikit Bunyian

Selasa, 25 Ogos 2009

Buat Cintaku Yang Maha Agung


Aku selalu rindukan cintaMu

Aku selalu dambakan kasihMu

Agar ianya bertapak di hati

Agar ianya kekal abadi


Bagaikan gunung kutunjukkan cintaku padaMu

Bagaikan laut kuhamparkan rinduku buat tatapanMu

Bagaimana lagi harus kuungkapkan padaMu

Betapa dalamnya rasa cintaku padaMu


Cintaku kurasakan semakin pasti

Caraku kurasakan semakin bertepatan dengan kehendakMu

Cuma kutidak pasti adakah terselit secebis kekurangan

Caraku dalam mendapatkan cintaMu Yang Maha Agung


Dalam ku mencari cinta sejati

Dari kecil hinggalah jasad roh serta akalku sudah besar dan matang

Dapat kurasakan suatu rasa yang amat lazat bagi sesiapa yang bisa mendapatkannya

Dan rasa itu adalah cintaMu Yang Maha Agung


Engkau terus kupuja dan kupuji dalam pengabdian

Entah berapa lama lagi akan dapat ku bertahan

Engkau bagaikan ingin menguji kesetiaan

Entah esok entah lusa barulah Kau berikanku jawapan


Jika telah ditakdirkan aku tidak sempat untuk mengecapinya

Janganlah Kau terus campakkan aku ke dalam Rumah AzabMu

Jika terdapat secebis keikhlasan dalam kata-kata cintaku kepadaMu

Jadi pertimbangkan dengan RahmatMu supaya dapat aku kecapi cintaMu Yang Maha Agung


Kuat benar Kau menguji keikhlasan cintaku padaMu

Kian dekat ku dengaMu kian jauh pula Kau dariku

Kepada siapa lagi harus aku luahkan rasa cinta ini

KepadaMu aku meminta pertolongan dan kepadaMu aku berserah diri


Sekarang aku masih tertanya-tanya perihal cinta kita

Semakin bertambah atau semakin berkurang

Setelah kufikirkan dengan mengambil kira kata-kataMu lebih seribu tahun dahulu

Sekaligus membuat kesimpulan bahawa aku masih tidak layak untuk memililki cintaMu


Tidaklah susah untuk mendapatkan cintaMu

Tentang amalku perlulah sentiasa diperbaiki tanpa rasa jemu

Tapi sudah suratan rasanya atas diriku

Terlalu sukar untukku terus-menerus memperbaiki amalku


Untuk memiliki cintaMu memerlukan ikhlas yang berpanjangan

Untuk memilikinya juga memerlukan pengabdian yang tidak bekesudahan

Untunglah bagi sesiapa yang telah memilikinya dek kerana kesungguhannya yang sebegitu

Untunglah jika aku juga mendapat cintaMu Yang Maha Agung itu


* * *





Ahad, 9 Ogos 2009

Kenapa 'SEBUAH PERTEMUAN'?

Assalamualaikum w.b.t. Pada kali ini penulis ingin membawa para pembaca kepada persoalan yang telah ramai mempersoalkannya. Kenapa 'SEBUAH PERTEMUAN'?

Semuanya bermula di sini...

Baru-baru ini, abang seniorku di sini; Han Ri menyatakan ketidakfahaman beliau terhadap tajuk blog ni.. So, timbul satu rasa di benak ini untuk mengeluarkan entri yang sebegini..

Sebenarnya, aku mengenali alam siber ni sudah lama. Sejak kecil lagi. Namun tidaklah meluas seperti sekarang. Akan tetapi minatku terhadapnya amatlah mendalam. Sejak dari darjah 3, aku mula berjinak-jinak dengan komputer di makmal komputer di sekolah rendahku dahulu; Sekolah Kebangsaan Dalam Ru. Mungkin ramai yang tak kenal skolah tu. Tapi tak mengapalah.

Seterusnya.. Oh ya, sebelum terlupa, waktu tu my ym tk de lagi.. Aku pon tak tahu lagi pasal tu.. Tiada pendedahan.. Maklumlah, sekolah di kampung. Aku cuma tahu menaip dan perkara 'basic' lam komputer. Tu je.. Tapi tahu lah juga sikit-sikit tentang komputer nii..

Aku mula berjinak-jinak dengan ym ni agak lewatlah jugak berbanding dengan budak-budak zaman sekarang. Masa form4 rasanya. Waktu tu aku belajar kat MTAQ Pulai Chondong, Machang(MTAQPC).

Gambar Bangunan Utama MTAQPC

Maka bermulalah penerokanku di alam siber. Maklumlah, masa tu semua dah canggih. Otakku pon dah canggih semacam. Baru je kenal dengan ym, dah terokai yang lain; friendster, tagged, dll. Tapi masa tu friendsterlah yang tersohor dalam kalangan kami.

Nak dipendekkan cerita, dah pun masuk tahun akhir di MTAQPC. Sebelum keluar dari MTAQPC dan membuat persediaan ke Tanah Anbiya' ni, aku tengok ramai dalam kalangan rakan-rakan seperjuanganku dah ada satu lagi aplikasi web; BLOG. Sungguh, aku tak tahu pun apa itu blog. So, aku buat 'donno' je.

Sampailah satu ketika... Masa tu aku dah kat Egypt, baru sampai. Dalam dua bulan kalau tak silap aku. Seorang sahabat bertanya,

"kau ada blog tak? Aku dah ada".

"Ye ke? Tak tanya pon. Eh, blog tu penama?" (apa itu blog?)

"Blog tu kalau kau nak tau, bla....bla.....bla...bla....bla..."

Dengan panjang lebarnya dia bercerita. Aku pun tertariklah dengan ceritanya. Oh, sebelum terlupa, aku ingin nyatakan namanya. Beliau adalah Sa'id Hawwa. Mungkin dah ramai yang kenal dan mungkin juga ramai yang tak kenal. Normal lah. Amat mustahil bagi kita untuk kenal dengan semua penduduk Malaysia khususnya, apatah lagi seluruh dunia amnya. Amat berjayalah juga blog beliau. Disebabkan aku tengok blog beliaulah maka aku tertarik untuk memiliki blogku sendiri.

Aku minta pertolongan saudara Sa'id untuk membina sebuah blog untukku. Dia pun bersetuju. Maka terciptalah sebuah blog. Tapi tak sempurna lagi. Nama tak letak lagi. Aku fikir punya fikir, maka keluarlah dari fikiranku yang amat genius ni...kononnyalah... sebuah nama yang ada sekarang, 'SEBUAH PERTEMUAN'.. Aku sendiri pun tidak tahu apakah rasionalnya aku pilih nama tu. Tapi mungkin kerana aku mula bertemu dengan sesuatu yang baru dan amat unik bagiku. Ku harapkan semoga dengan terciptanya blog ini, dapatlah aku menyampaikan dakwah dalam bentuk penulisan kepada semua.

Dan sekarang, terciptalah dengan jayanya sebuah blog. Ianya telah selamat dirasmikan pada pada pukul 6.48 petang oleh Mohd Fikri bin Mat Ali. Penulis blog ini merangkap ahli Villa Abna Jazari.

Sekian, wassalam.