Sedikit Bunyian

Jumaat, 11 Disember 2009

Mari Belajar Bahasa Arab

Assalamualaikum. Kepada para sahabat yang dikasihi. Pada kali ini, penulis ingin memperkenalkan kepada anda semua dengan sebuah laman web yang di dalamnya terdapat pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Arab. Bagi anda yang ingin belajar Bahasa Arab, akan tetapi tidak berpeluang berbuat demikian bolehlah menyertai laman web ini. Di mana sahaja anda berada. Tentang waktu, tidak perlu risau kerana anda yang menetapkannya. Tenaga pengajarnya berbahasa Arab Fush-ha. Pembayarannya pun amat lumayan. Berapa bayarannya dan cara pembayarannya boleh disemak di laman web tersebut.

Bagi anda yang berminat, hanya klik di sini;
Arabic Academy Online

Sebarang pertanyaan boleh terus berhubung dengan penulis di alamat emel; islamic_author@yahoo.com

atau

yahoo messenger;
islamic_author

Sekian, terima kasih di atas segala perhatian anda.


p/s: laman web di atas adalah percubaan sahaja. anda boleh juga melihatnya samada ianya baik atau tidak. jika ianya sudah bermula, penulis akan memaklumkan kemudian atau anda boleh berhubung terus dengan penulis sepertimana di atas.

* * *
#MEMBANGUHN BERSAMA ISLAM#
#BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH#

Ahad, 6 Disember 2009

Akibat Dengki

Dalam kegelapan malam itu, ada lagi insan yang masih berdegil tak mahu melelapkan mata. Padahal Allah telah menciptakan siang untuk berjaga dan berkerja dan malam untuk berehat dan beribadat kepadanya. Mana mungkin kita menyalahi adat itu. Namun bagi dirinya, perkara sebegini sudah biasa. Terlintas sesuatu di benaknya lantas bingkas melompat dari tempat bersemayamnya dan terjun ke lantai.



"Astaghfirullah, sakitnya!" keluhnya tatkala kakinya terasa terpijak suatu benda keras di atas lantai yang baru dihenyaknya tadi.



"Pen? Dari mana datangya pen ni?" keluhnya dalam hati. Diangkatnya pen itu dan didapati terdapat seakan kesan darah padanya. Lantas dia usapkan jarinya ke atas telapak kakinya.



"Takde kesan darah. Tapi, dari mana darah ni yer?" keluhnya.



Tiba-tiba, di luar sana guruh berdentum dan kilat sabung-menyabung. Hujan turun dengan lebatnya membasahi bumi hijau yang sudah lama kegersangan air. Ribut kuat hampir menerbangkan semua benda yang menghalang laluannya. Pintu bliknya terhempas kuat dek kerana terjahan angin yang menggila. Tercampak habis baju yang disangkut di kepala katil. Terkejut Badrul oleh bunyi hempasan pintu biliknya. Nafasnya menjadi sesak serta-merta. Teringat akan ubatnya yang sentiasa disimpan di dalam laci meja belajarnya. Sedang dia merangkak menuju meja belajarnya, terasa sesuatu bermain-main di sebalik bajunya.


* * *





Pagi Jumaat, 14 Desember.



"Abu, ada kau nampak Badrul tak? Dah jenuh aku cari. Tak jumpa-jumpa. Katanya semalam nak ikut aku pergi beriadah pagi ni," tanya Amin.



Abu, Amin dan Badrul merupakan tiga sekawan yang tk boleh dipisahkan. Boleh dikatakan ke mana sahaja mereka pergi, mesti bertiga. Tak pernah berenggang. Kalau berenggang pun tak lama. Cuma pada waktu kelas sahaja. Itu pun disebabkan kelas mereka berbeza. Amin di kelas pertama manakala Abu dan Badrul pula di kelas kedua.

"Entahlah min. Aku pun tak tahu. Lagipun aku bukannya bapaknya nak jaga dia setiap masa," keluh Abu.

"Memanglah kita ni bukan bapaknya. Tetapi sebagai sahabat kita patut ambil tahu antara sesama kita," terang Amin menjawab keluhan Abu.

"Eh, jom! Tadi kata nak pegi beriadah. Biar aku temankan kau pagi ni,"

"Emm.. Ok juga. Jom!"

Mereka menyarungkan kasut masing-masing sambil terus berbual. Tanpa mereka sedari, ada sepasang mata yang sejak dari tadi lagi sedang memerhatikan mereka. Laras pistol sudah bersiap sedia ingin memuntahkan pelurunya. Hanya menunggu si pemegang memetik picunya saja. Tiba-tiba...,

suppp...

suppp...

Amin dan Abu rebah hampir serentak di muka pintu bilik.

Tatkala pelajar lain sedang lena diulit mimpi selepas solat subuh, dua insan yang tak bermaya telah pergi meninggalkan dunia ini dengan tragis sekali. Pemergian mereka tidak disedari oleh rakan-rakan mereka sehinggalah pada waktu solat Zohor. Ustaz Khair, pengetua sekolah telah membuat pemeriksaan mengejut ke asrama. Semua pelajar diminta berada di sisi katil masing-masing.

Sampai di bilik 201, didapati tiada sesiapa pun di dalam bilik tersebut sedangkan di situlah beliau meletakkan tiga orang pelajar harapan sekolah. Denagn wajah hairan bercampur rasa tidak sedap hati, beliau bertanya kepada ktua warden asrama, Ustaz Adib.

"Ustaz Adib, di mana mereka bertiga? Bilik pun bersepah. Selalunya tidak begini,"

"Entahlah ustaz. Ana rasa baik kita tanya budak di bilik sebelah. Aiman, mari sini kejap,"

"Ya, ustaz. Ada apa yang tak kena?"

"Kamu ada nampak Abu, Amin dan Badrul tak?"

"Pagi tadi ada. Mereka solat Subuh bersama kami. Amin yang jadi imam,"

"Emm... Tak mengapalah. Terima kasih,"

Ustaz Adib berpaling ke arah mudir.

"Mereka pun tak tahu, ustaz. Nanti saya suruh Halim cari mereka dan bawa mereka ke pajabat,"

"Baiklah kalau begitu. Cepat sambung pemeriksaan. Zohor pun dah lama ni. Tak elok melambat-lambatkan solat,"

Begitulah Ustaz Khair. Tegasnya bertempat. Suka bagi nasihat. Tak kira di mana dan siapa. Hentam saja tapi dengan penuh hikmah.

* * *