Sedikit Bunyian

Rabu, 30 September 2009

Pengumuman

Assalamualaikum. Pengajian di maahad tak mula lagi. Amat membosankan. Tapi, ianya tidak lama. Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM) MAQAZ Shoubra telah memaklumkan bahawa maahad kami akan mula dibuka untuk pengajian pada 4 Oktober 2009M, bersamaan 14 Syawal 1430H. Sudah lama aku tak menjenguk maahad. Apa khabar kau wahai tempat belajarku? Diharap dalam keadaan baik.

Apa yang nak disampaikan sebenarnya?

Sebenarnya, aku nak maklumkan bahawa, seorang seniorku, Ustaz Tarmizi bin Affandi merangkap ahli rumahku telah pun menamatkan pengajiannya di sini. Beliau telah berangkat pulang ke Malaysia pada 29 September 2009 jam 3.50 pagi dengan menaiki penerbangan Egypt Air. Setelah menetap di sini selama tiga(3) tahun, mungkin telah banyak ilmu dan pengalaman yang beliau dapat. Diharap beliau dapat membawa pulang ilmu2 dan pengalaman2 beliau ke Malaysia dan mengajarkannya kepada anak watan yang amat dahagakan ilmu2 agama.

Kepada yang telah tamat pengajiannya di Mesir, diucapkan tahniah dan bersedialah menghadapi hakikat sebenar kehidupan. Gunakanlah segala pengalaman yang anda peroleh di sini untuk menghadapi segala macam mehnah dan tribulasi yang sentiasa mengancam hidup umat manusia zaman sekarang dan lebih2 lagi Umat Muhammad s.a.w. Kepada yang masih menuntut di sini, diharap dapat mengambil peluang yang masih diberikan untuk mengutip sebanyak2nya ilmu Allah ygn tidak pernah habis untuk dibawa pulang ke tanah air tercinta.

Semoga kita sama2 mendapat rahmat dan hidayah dari Allah. Sama2lah kita doakan supaya dipermudahkan oleh Allah segala urusan kita dalam jalan menuntut ilmu-Nya. Kepada mahasiswa sekuliah, diserulah untuk sama2 kita memeriahkan kelas pengajian kita di maahad. Tanpa kita semua, siapalah Maahad Qiraat Al-Azhar Shoubra. (^_^)

* * *
#MEMBANGUN BERSAMA ISLAM#
#BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH#

Rabu, 23 September 2009

Aidilfitri

Assalamualaikum semua. Lama jugak tak menulis dalam ruangan blog ni.. Sedar tak sedar, sudah raya. Ape pon, nak ucapkan selamat hari raya buat semua umat Islam. Banyak event yang telah dilalui sepanjang raya yang telah lepas. Antaranya mengunjungi rumah terbuka, menganjurkan rumah terbuka dan lain2 lagi.


Pada tahun ni, rumah kami yang diberi nama Villa Abnajazari telah menganjurkan rumah terbuka sempena Aidilfitri ni. Perancangan telah diatur dua hari sebelum tu lagi. Meminjam periuk besar, alat2an dapur dan lain dari KPKM. Memang memenatkan. Raya pertama memang meriah dan kami raikannya bersama2 anak Kelantan di Mesir. Dalam majlis tu, ada didendangkan dengan persembahan nasyid oleh kumpulan nasyid KPKM.


Raya kedua, kami tidak ke mana2. Dari malam lagi kami bersengkang mata memotong bawang, mengerat daging dan membuat persiapan untuk rumah terbuka pada keesokannya.


Pada sebelah paginya, kami membuat persiapan terakhir untuk menyambut tetamu yang dijangka tiba pada sebelah petangnya. Selepas solat Zohor, ramailah tetamu yang datang bagi memeriahkan majlis rumah terbuka ni..


Diharap, dengan mengadakan rumah terbuka ni, dapat menghilangkan sedikit rasa rindu kami kepada kampung halaman. Kepada keluarga, diharap bersabar menantikan kepulanganku ke tanah air.


Dikesempatan ni, penulis ingin memohon maaf di atas segala salah dan silap yang mungkin ada dalam kalangan rakan2, sahabat2 dan teman2 seperjuangan. Semoga raya pada tahun ni akan dapat mengeratkan lagi ukhuwah antara kita. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke villa kami.


Antara gambar2 yg sempat dirakam. KLIK
* * *
#SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI#

#MAAF ZAHIR & BATIN#