Sedikit Bunyian

Ahad, 26 April 2009

"IBU" atau "PASANGAN?"? ?

> Orang kata aku lahir dari perut ibu..
> Bila dahaga, yang susukan aku.. Ibu
> Bila lapar, yang suapkan aku.. Ibu
> Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Ibu
> Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
> Bila bangun tidur, aku cari.. Ibu
> Bila nangis, orang pertama yang datang ....Ibu
> Bila nak bermanja.. Aku dekati ibu
> Bila nak bergesel? Aku duduk sebelah ibu
> Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
> Bila nakal, yang memarahi aku ? Ibu
> Bila merajuk? yang memujukku cuma.. Ibu
> Bila melakukan kesalahan? Ibu juga lah yang paling cepat marah..
> Bila takut? Yang tenangkan aku.. Ibu
> Bila nak peluk? Yang aku suka peluk.. Ibu
> Aku selalu teringatkan .. Ibu
> Bila sedih, aku mesti telefon ibu
> Bila seronok? Orang pertama aku nak beritahu? Ibu
> Bila bengang.. Aku suka luah pada ..Ibu
> Bila takut, aku selalu panggil.. ? Ibuuuuuuuuuuuuu! !
> Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
> Bila nak exam, orang paling sibuk juga ibu
> Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu
> Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
> Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
> Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
> Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
> Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
> Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
> Yang selalu puji aku.. Ibu
> Yang selalu nasihat aku.. Ibu
> Bila nak kahwin..
> Orang pertama aku tunjuk dan rujuk? Ibu
> Aku ada pasangan hidup sendiri
> Bila seronok ... Aku cari pasanganku
> Bila sedih ... Aku cari Ibu
> Bila berjaya ... Aku ceritakan pada pasanganku
> Bila gagal ... Aku ceritakan pada Ibu
> Bila bahagia ... aku peluk erat pasanganku
> Bila berduka ... aku peluk erat ibuku
> Bila nak bercuti ... Aku bawa pasanganku
> Bila sibuk ... Aku hantar anak ke rumah ibu
> Bila sambut valentine ... Aku hadiahi bunga pada pasanganku
> Bila sambut hari ibu ... Aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
> Selalu...... ..Aku ingat pasanganku
> Selalu.....Ibu ingat kat aku
> Bila-Bila... ..Aku akan talipon pasanganku
> Entah bila....Aku nak talipon ibu
> Selalu....Aku belikan hadiah untuk pasanganku
> Entah bila.....Aku nak belikan hadiah untuk Ibuku
> Cuba bayangkan tiba-tiba pada suatu hari ibu hadir dalam mimpi dan berkata;
> "Kalau kau sudah habis belajar dan bekerja, bolehkah kau kirim wang untuk ibu? Ibu
> bukan nak banyak. Lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"
> Berderai air mata aku. Hari ini kalau ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku
> boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi. Bukan lima puluh
> ringgit. Lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Al-fatihah.
> *kepada yg masih ber "ibu"...renung2kanlah

Sengaja ana 'forword'kan artikel ni buat renungan kita semua. Jadikanlah iktibar dari kisah ini semoga kita tidak termasuk dalam kalangan orang yang rugi. Wallahu a'alam.

P/s: Kepada penulis asal artikel ini, ana mohon mohon kebenaran untuk 'post'kan artikel ini di dalam blog ana. Semoga ianya dapat menjadi iktibar buat kita semua. Insya Allah.

Tiada ulasan: