Sedikit Bunyian

Rabu, 23 September 2009

Aidilfitri

Assalamualaikum semua. Lama jugak tak menulis dalam ruangan blog ni.. Sedar tak sedar, sudah raya. Ape pon, nak ucapkan selamat hari raya buat semua umat Islam. Banyak event yang telah dilalui sepanjang raya yang telah lepas. Antaranya mengunjungi rumah terbuka, menganjurkan rumah terbuka dan lain2 lagi.


Pada tahun ni, rumah kami yang diberi nama Villa Abnajazari telah menganjurkan rumah terbuka sempena Aidilfitri ni. Perancangan telah diatur dua hari sebelum tu lagi. Meminjam periuk besar, alat2an dapur dan lain dari KPKM. Memang memenatkan. Raya pertama memang meriah dan kami raikannya bersama2 anak Kelantan di Mesir. Dalam majlis tu, ada didendangkan dengan persembahan nasyid oleh kumpulan nasyid KPKM.


Raya kedua, kami tidak ke mana2. Dari malam lagi kami bersengkang mata memotong bawang, mengerat daging dan membuat persiapan untuk rumah terbuka pada keesokannya.


Pada sebelah paginya, kami membuat persiapan terakhir untuk menyambut tetamu yang dijangka tiba pada sebelah petangnya. Selepas solat Zohor, ramailah tetamu yang datang bagi memeriahkan majlis rumah terbuka ni..


Diharap, dengan mengadakan rumah terbuka ni, dapat menghilangkan sedikit rasa rindu kami kepada kampung halaman. Kepada keluarga, diharap bersabar menantikan kepulanganku ke tanah air.


Dikesempatan ni, penulis ingin memohon maaf di atas segala salah dan silap yang mungkin ada dalam kalangan rakan2, sahabat2 dan teman2 seperjuangan. Semoga raya pada tahun ni akan dapat mengeratkan lagi ukhuwah antara kita. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke villa kami.


Antara gambar2 yg sempat dirakam. KLIK
* * *
#SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI#

#MAAF ZAHIR & BATIN#

4 ulasan:

Zayani Zulkiffli berkata...

wa..msak sndri ye??
bgos2..hehe (^_^)

Islamic Aithor berkata...

yer lah.. kalu tk masak, siapa lagi nak tlg masak..?? ke cik Yani nak tlg masak? huhu.. (^_^)

anakmuaallaf berkata...

Salam anakanda IA,
Sedihnya umi tengok orang bujang masak sendiri.
Umi baru lps berbuka untuk puasa 6.Tabahkan hati kuatkan semangat hidup merantau mencari ilmu Allah.
Salam untuk semua housemate.

Islamic Author berkata...

tima kasih umi. tapitahun ni memang happening dari tahun lepas walaupun ramai ahli rumah yg balik.