Sedikit Bunyian

Jumaat, 16 April 2010

Wahai hamba Allah, bertaubatlah!

Assalamualaikum..

Selamat membaca buat kalian. Tak kira lah baca apo pon asalkan sedang membaca, diucapkan selamat membaca. Di pagi jumaat ni, rasa terharu sikit sangat sebab ... ntah, ta tau kenapa. Tiba-tiba rasa terharu sikit. Mungkin terasa rindu kat kampung laman. Sabar je lah. Setahun je lagi. Kucuba untuk memujuk diri ini yang keharuan.

Mungkin juga terharu memikirkan betapa banyak dosa yang telah dibuat selama ni. Tatkala diri ini memohon perlindumngan dari Allah, dalam masa yang sama diri ini membuat dosa. Tak patut.. tak patut.. Namun, apakan dayaku sebagai seorang insan biasa yang punya pelbagai kelemahan. Tak tahan dek ujian duniawi. Namun, kucekalkan hatiku untuk terus memohon ampun dari Allah. Kerana kutahu, Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.


Ya, aku sedar bahawa dalam hidup sehari-hari kita tak lepas dari buat salah. Tapi, itu tak menghalang kita untuk sentiasa memohon taubat dari Allah. Taubat adalah jalan keluar bagi hamba Allah yang telah buat kesalahan @ dosa kepada-Nya. Allah berfirman dalam Kitab-Nya yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang membersihkan diri"

(surah al-Baqoroh:222)

Sesungguhnya kita patut bersyukur kerana mempunyai Allah sebagai pendamping kita dikala kesusahan. Apabila kita menghadapi kesulitan, kepada-Nyalah yang mula-mula kita mengadu. Bukannya kepada rakan kita ataupun sahabat kita mahupun ibu atau bapa kita. Kerana kita telah berjanji kepada Allah paling kurang lima(5) kali dalam sehari -kalau penuh- dengan ucapan yang bermaksud:

"Hanya kepada-Mu kami menyembah dan hanya kepada-Mu kami meminta pertolongan"

(surah al-Fatihah:5)


Kembalilah kepada Allah wahai hamba yang sentiasa bergelumang dengan dosa. Janganlah kau bersekongkol dengan penderhaka yang tempat kekalnya Neraka Jahannam. Selagi masih berkesempatan, marilah sama-sama kita bertaubat kepada Allah di atas segala dosa dan kesilapan yang telah kita perbuat selama kita hidup. Cukuplah hidup kita dengan hanya berpegang kepada dua(2) perkara yang telah Nabi Muhammad s.a.w. tinggalkan buat kita iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Sekali lagi kuberseru, kembalilah kepada Allah!!


#MEMBANGUN BERSAMA ISLAM#
#BERSATU KITA TEGUH | BERCERAI KITA ROBOH#



Tiada ulasan: