Sedikit Bunyian

Khamis, 16 September 2010

Professor, Lembu, Dahan dan Sehelai Daun

Assalamualaikum w.b.t. 1st, nk ucapkan salam aidilfitri dari perantauan buat semua pembaca budiman yang masih tega membaca blog yg tk seberapa nih. bajet ade org bace blog nih.
Maaf zahir dan batin buat semua sahabat yang masih lagi mengenali diri ini sekiranya diri ini ada melakukan kesilapan samada kecik atau besau.

Dalam kita hidup ni, tk boleh kita bersendirian. paling tidak pun kita perlu kepada jemaah atau dalam Bahasa Melayunya, kumpulan. Hidup dalam kumpulan. Bergerak bersama, belajar, makan, minum, solat, dan seluruh amal buat kita dalam sehari2 tk dapat tidak, mesti dalam berkumpulan. Jangan duk raso sedap duduk lah kalu tk bersama ngan jemaah. Keselamatan tidak terjamin.



Eh, apo motif aku kuarkan entri nih? Sesaje je kot. dah lame tk update nih. rase nk menulis la plak. tp, tk tau nk tulis ape. So, terkeluarlah benda yg tk seberapa nih. Jom kita kongsi satu cerita;

Maka bermulalah sebuah cerita di mana dalam sebuah kampung, tinggal seorang professor yang telah bersara. Dahulunya beliau tinggal di kampung dan kemudian bekerja di bandar. Setelah pencen, kembalilah beliau ke kampung halaman beliau semula. Di kampung, beliau mengambil keputusan untuk mengembala lembu.

Maka bermulalah kehidupan seorang professor bersama lembunya di padang ragut. Setiap hari dibiarkan lembu beliau merayau2 di sekitar padang ragut tersebut. Dalam pada itu, beliau tidak pernah menegur para pengembala lain. Maklumlah, professor, mana layak nk berbual ngan orang kampung. Jatuh stendet.

Pada suatu hari, beliau seperti biasa membawa lembunya ke padang ragut. Sebelum beliau meninggalkan lembunya meragut rnput, beliau terperasan terdapat sebatang dahan pokok terpacak di tengah2 padang tersebut. Di hujung dahan tu terdapat sehelai daun. Namun, beliau buat2 tk tau je. Bajet bijak la tu. Tk bertanya pun kt orang lain. ape punye bebal la prof nih. nape tk tanye orang kalau kau tk tau. huh..

Beliau terus meninggalkan lembu beliau di situ dari pagi hingga petang. Pabila petang menjelma, beliau datang semula untuk mengambil lembu yang ditinggalkannya pagi tadi. Alangkah terkejutnya apabila mendapati lembu beliau telah pergi meniggalkan beliau. *mati, k. bukan kene culik.

Maka peliklah professor tu. Camne leh mati lembu beliau sedangkan pada hari2 yang sebelumnya tidak. Persoalannya di sini, apa sebab lembu tu mati? Sila beri respon anda. Tq.

Baiklah, sekian sahaja untuk kali ini. Jangan lupa untuk memberi komen anda sebagai jawapan kepada persoalan yang ditinggalkan. Wassalamualaikum w.b.t.



#MEMBANGUN BERSAMA ISLAM#
#BERSATU TEGUH | BERCERAI ROBOH#

Tiada ulasan: