Sedikit Bunyian

Selasa, 21 Disember 2010

Ringgit Malaysia Lima Puluh



Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana diberi kekuatan untuk meng'update' blog ni yang dah lama tak ter'update'. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. dan keluarga Baginda serta para sahabat dan para pengikut dan pengikut kepada pengikut dan seluruh Umat Islam tak kira di mana jua anda berada.

Tiada apa yang nak dikatekan di sini, cuma nak kongsi sedikit gambar yang terdapat dalam komputer admin. Dan sebagai peringatan bersama bersempena dengan gambar di atas, marilah kita renungkan maksud ayat Al-Quran seperti di bawah;




"Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: “Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba”. Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.{275}Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa.{276}"
(Surah Al-Baqarah | ayat 275 & 276)

Kesimpulannya, hindari diri dari riba. Assalamualaikum w.b.t.

#MEMBANGUN BERSAMA ISLAM#
#KELANTAN MENERAJUI PERUBAHAN#
#BERSATU TEGUH | BERCERAI ROBOH#

Tiada ulasan: