Sedikit Bunyian

Ahad, 14 Jun 2009

JAULAH

Assalamualaikum w.b.t.


Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, dengan anugerah yang cukup berharga yang telah dikurniakan kepada kita selaku hambanya selama ini iaitu nikmat Iman dan Islam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan para sahabatnya yang diredai Allah setiap masa.

Dengan bertemakan "Rehlah Menuju Wehdah", pihak DPM (MAQAZ) shoubra telah menganjurkan Program Rehlah Fayyoum buat pengisian cuti musim panas bagi para mahasiswa Maahad Qiraat Shoubra, Al-Azhar, Mesir. Ianya antara lain bertujuan bagi menyingkap dan memerhati khazanah bumi yang ditinggalkan sejak zaman dahulu lagi serta mengambil pengajaran daripada apa yang telah berlaku.


Pada kesempatan ini saya selaku salah seorang peserta program ingin berkongsi serba sedikit pengalaman mengikuti program ini.







Dengan bilangan pesrta seramai lebih kurang 68 orang, program ini bermula dengan taklimat ringkas oleh pengarah program; Ust. Muhammad Solehuddin Zakaria. Beliau turut mengimami doa untuk kesejahteraan kami selama perprogram.Musyrif kami adalah seorang yang cukup disegani semua iaitu Ust. Hafiz Abidin, YDP. Badan Kebajikan Negeri (BAKAN) Pulau Pinang.



Perjalanan kami mengambil masa selama 2 jam lebih itu, telah membawa kami melalui kawasan piramid dan persekitaran yang cantik.






















Kami tiba di permulaan kawasan Fayyoum pada pukul 9 pagi. Kami telah dibawa mengelilingi tasik Qarun.






Pemandangannya yang cantik telah memukau hati kami.

Ada juga antara kami yang tidak ketinggalan mengabadikan kenangan di kawasan Tasik Qarun ini.



Tasik Qarun ini memiliki 5 meter dalam di sebelah timur dan 12 meter di sebelah barat. Manakala keluasannya pula mencecah 55 000 faddan (18 900 hektar). Ianya tasik yang ke-3 terluas di Mesir, iaitu di benua Asia Afrika.

Di bahagian tengah tasik ini terdapat sebuah tasik kecil yang dinamakan "Qarn Az Zahabi". Menurut cerita yang masyhur, tasik ini adalah tempat di mana terdirinya Istana Qarun dan seluruh hartanya, tetapi telah ditenggelamkan oleh Allah desebabkan kesombongan dan kufurnya Qarun terhadap nikmat Allah kepadanya.


Yang menariknya, sepanjang jaulah ini kami telah diiringi oleh kereta peronda Polis Mesir. Menurut pemandu pelancong kami; Ust Hafiz, satu ketika dahulu iaitu 10 tahun ke belakang terjadi satu peristiwa yang agak tragis iaitu seorang pserta lawatan telah ditembak mati oleh orang yang tidak dikenali dipercayai Puak Libiya. Oleh itu Polis Mesir telah mengambil inisiatif dengan mengawal setiap pelawat yang masuk ke kawasan ini bagi mengelak dari kejadian seumpama itu tidak lagi terjadi.


Tambahan pula, kawasan ini terletak berdekatan dengan sempadan Palestin. Oleh itu langkah keselamatan perlu diambil berat.

Seterusnya kami dibawa melawat ke Istana Qarun. Di sana terdapat sebahagian dari Istana Qarun yang ditenggelamkan oleh Allah bagi Ummat Islam memperingati dan merenung sejenak akan azab Allah terhadap Qarun yang sombong.








Saki-baki dari Istana Qarun yang masih tinggal adalah merupakan tingkat yang ke-5 dari seseluruhan istananya. Yang selebihnya telah ditenggelamkan oleh Allah. Subhanallah.

Tempat seterusnya yang sepatutnya kami pergi ataupun tujuan utama kami adalah Syalalat. Di sana menurut senior, terdapat air terjun dan kami boleh berehat dan mandi-manda di sana.

Akan tetapi, kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan. Disebabkan oleh beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, kami pihak program telah membatalkan destinasi itu. Mungkin ada hikmah di sebalik itu.



Disebabkan kecewa tidak dapat pergi ke Syalalat, ada antara kami yang mengambil keputusan tidur sahaja di dalam bas sewpanjang perjalanan ke destinasi yang seterusnya.




Ada juga yang mengambil kesempatan menjual barang makanan.

Kami dibawa ke destinasi seterusnya iaitu mata air. Di sana terdapat banyak kebun buah-buahan. Antaranya kebun anggur, mempelam dan lain-lain. Terdapat juga mata air yang masih lagi mengalirkan airnya.

Ada juga yang mengambil kesempatan membasuh muka. Ada orang kata, airnya banyak khasiat. Adakah ianya benar? Hanya Allah yang tahu.



Kami semua bersolat dan makan tengah hari di sana.

Seterusnya kami dibawa ke kincir air, iaitu destinasi terakhir kami. Ianya terletak di tengah Bandar Fayyoum. Menurut musyrif kami, kincir air ini adalah yang telah dibina pada zaman Nabi Musa lagi dan ianya masih lagi berfungsi sehingga ke hari ini.


Dengan kincir air inilah masyarakat zaman dahulu mengairi tanaman mereka.





Dari sini terbuktilah bahawa masyarakat Mesir telah maju dalam bidang tersebut.


Setelah sekian lama berjaulah, tibalah masanya kami bertolak pulang ke Kaherah. Walaupun sedih dan dukacita kerana tidak dapat mandi di Syailalat, kami telah mendapat pengalaman dan juga pengajaran yang amat berharga;

"JANGANLAH KITA MENJADI TAMAK DAN LUPA DIRI SEPERTI QARUN".








Semoga pada jaulah yang akan datang tidak lagi terjadi seperti jaulah pada kali ini.

p/s:Sebelum saya meninggalkan pembaca, di sini ada satu persoalan di benak saya. Saya benar-benar inginkan jawapan yang benar-benar sahih iaitu disertai dengan dalil yang sahih dari Al-Quran ataupun Hadis ataupun kedua-duanya sekali.

Persoalannya, Qarun dan Firaun hidup pada zaman Nabi Musa a.s. Antara mereka berdua, siapakah yang terlebih dahulu diazab oleh Allah?

Tiada ulasan: