Sedikit Bunyian

Khamis, 11 Jun 2009

Tidur Dan Khutbah





Kenapa kita selalu tidur tatkala imam sedang berkhutbah, tapi terus terjaga apabila Khutbah telah tamat?



Persoalan ini selalu bermain dalam pemikiranku tatkala menjelang Jumaat. Mana tidaknya, di masjid mana sekalipun mesti ada yang tidur sebaik sahaja imam berkhutbah.. ops.. 'lebih tepatnya, membaca khutbah'... dan terus terjaga sebaik sahaja imam selesai membaca khutbah. Termasuklah diri yang menulis ini. Tapi tidaklah selalu dan menjadikannya kebiasaan.






Kalau ditanya mengapa, pelbagai alasan diberi. Antaranya letih, datang dari jauh, banyak kerja dan lain-lain. Tidak terbayangkah di fikiran kita betapa sedihnya hati imam yang membaca khutbah tatakala melihat kita tidur dan tidak mengendahkan khutbah yang dibacanya? Tentu sedih sekali.



Gambar ini tidak bersalah...




Baiklah, saya akan cuba berkongsi beberapa sebab yang menyababkan makmum mengantuk semasa imam membaca khutbah. Antaranya, imam membaca khutbah dan bukannya berkhutbah. Kalau imam tu berkhutbah nescaya makmum tidak tidur. Contohnya di Mesir, semua imamnya berkhutbah tatkala waktu Jumaat. Bukannya membaca khutbah seperti kita di Malaysia.







Tak disangkal ada antara imam di Malaysia yang berkhutbah, tapi bilangan mereka adalah amat sedikit. Boleh dikira dengan jari. Ramai antara para imam membaca khutbah. Ini kerana kerajaan telah memperuntukkan supaya para imam membaca khutbah yang telah dibuat khas sempena kejadian-kejadian tertentu. Antaranya Maulud Nabi, Ramadhan, Kemerdekaan dan lain-lain. Jadi para imam tidak dapat tidak mesti membaca khutbah tersebut. Ini membuatkan para makmum mengantuk.







Antara sebab lain, imam tak pandai baca khutbah. Sekalipun membaca khutbah itu nampak mudah. Cuma perlu dibaca sahaja. Ayatnya dah ada. Apa yang perlu hanyalah melafazkannya. Namun, ianya tidak semudah yang difikirkan. Membaca khutbah memerlukan skill yang tinggi. Cara penyampaiannya perlu betul. Jika tidak, khutbah yang dibaca akan menimbulkan rasa bosan dalam kalangan makmum. Seterusnya membuatkan mereka mengantuk dan terus tidur.









Jadi, disyorkan kepada para imam sebelum membaca khutbah di hadapan makmum, perlu membaca terlebih dahulu teks khutbah itu supaya betul tajwid dan yang penting, apa yang ingin disampaikan kepada makmum sampai dengan betul. Dengan kata lain, makmum akan dapat mengambil iktibar dari bacaan imam itu. Paling penting, para makmum tidak tidur. Para imam boleh juga mentampaikan khutbah dengan cara yang santai tapi nada penyampaiannya boleh membuatkan makmum tertarik.







Dan paling penting, diri kita sendiri. dah tahu nak pergi solat jumaat, kenapa tak tidur awal-awal kat rumah..? Ini tidak.. Ambil kesempatan tidur waktu imam membaca khutbah. Apa-apa pun, tingkatkan takwa kita kepada Allah semoga dalam bulan Ramadhan ini kita beroleh kejayaan dalam beribadat kepada-Nya. Semoga tak tidur waktu mendengar khutbah.





* * *







-








Tiada ulasan: