Sedikit Bunyian

Jumaat, 12 Jun 2009

DOA ELAK KECELAKAAN

Assalamualaikum. Dalam menjalani kehidupan seharian, kita tidak akan terlepas dari kejahatan ataupun kecelakaan. Justeru, saya ingin berkongsi dengan sahabat sekalian satu doa yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada kita semua sebagai ummat akhir zaman.








Doa Khusus Elak Kecelakaan;



رَسُولَ اللَّهِ يقول: "من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ



Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)






Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.;



اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ




Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )



Kedua-dua doa di atas adalah sesuai untuk diamalkan bagi semua lapisan masyarakat. Ianya tidaklah hanya sesuai kepada wanita sahaja. Walaupun doa yag kedua dilihat lebih menjurus kepada wanita, tidak salah jika ianya diamalkan oleh lelaki juga. Ini adalah kerana kejahatan ataupun kecelakaan tidaklah datang kepada wanita sahaja malah lelaki juga tidak ketinggalan dari ditimpa musibah.

Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua sahabat. Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya. Seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya. Tanpa disertakan amalan soleh, doa ini dilihat hanya sia-sia dan sama sekali tidak akan menjamin keselamatan kita sebagaimana yang diminta.


Oleh itu, marilah sama-sama ita mengamalkan doa ini bersama amal soleh yang lain. Jika hanya berharapkan kepada doa semata-mata amat tidak mencukupi.

Jika terdapat sebarang kesalahan dalam mengutarakan doa-doa di atas, saya harapkan para sahabat dapat menegur dan memperbetulkannya.

Tiada ulasan: