Sedikit Bunyian

Selasa, 21 Disember 2010

Ringgit Malaysia Lima Puluh



Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana diberi kekuatan untuk meng'update' blog ni yang dah lama tak ter'update'. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. dan keluarga Baginda serta para sahabat dan para pengikut dan pengikut kepada pengikut dan seluruh Umat Islam tak kira di mana jua anda berada.

Tiada apa yang nak dikatekan di sini, cuma nak kongsi sedikit gambar yang terdapat dalam komputer admin. Dan sebagai peringatan bersama bersempena dengan gambar di atas, marilah kita renungkan maksud ayat Al-Quran seperti di bawah;

Khamis, 16 September 2010

Professor, Lembu, Dahan dan Sehelai Daun

Assalamualaikum w.b.t. 1st, nk ucapkan salam aidilfitri dari perantauan buat semua pembaca budiman yang masih tega membaca blog yg tk seberapa nih. bajet ade org bace blog nih.
Maaf zahir dan batin buat semua sahabat yang masih lagi mengenali diri ini sekiranya diri ini ada melakukan kesilapan samada kecik atau besau.

Dalam kita hidup ni, tk boleh kita bersendirian. paling tidak pun kita perlu kepada jemaah atau dalam Bahasa Melayunya, kumpulan. Hidup dalam kumpulan. Bergerak bersama, belajar, makan, minum, solat, dan seluruh amal buat kita dalam sehari2 tk dapat tidak, mesti dalam berkumpulan. Jangan duk raso sedap duduk lah kalu tk bersama ngan jemaah. Keselamatan tidak terjamin.

Khamis, 15 Julai 2010

Berpantun Bersama Ustaz Azhar Idrus

Exam oh Exam


Assalamualaikum w.b.t. dan salam 1 Malaysia buat sahabat para pembaca. nampak tak ada gambar kt atas tu? haaa. gambar apakah tu? itulah jadual exam dur thani. apa maknanya tu? maknanya exam dur thani dah hampir dah. dah nk mula pon. pada post yg lepas sudah dimaklumkan bahawa penulis ada dua(2) kertas lagi tk lulus; رسم القرءان & علوم القرءان

Rabu, 14 Julai 2010

DARI BLOG KE BLOG

Assalamualaikum w.b.t.
Salam 1 Malaysia wat sume pembaca. Bertemu lagi kita dalam blog sebuah petemuan. lama suda tk menaip lam blog nih, rase janggal la plak. hari2 duk ngadap facebook jer. skang ni dalam fatroh exam dur thani. *bagi mereka yg tk tau apo tu dur thani, sila tnya pada yg tau yer. malas nk terjemahkan kt sini.*

utk pengetahuan sume2, lam exam yg lepas, aku tk lulus dua madah; علوم القرءان & رسم القرءان. jadi, utk exam kali ni ku pohon doa para sahabatlah semoga beroleh keputusan yg membolehkan aku utk naik ke tahun yg seterusnya.



Jumaat, 30 April 2010

Sebuah Pertemuan - UNIC

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan


Ahad, 25 April 2010

Kisah Manusia(ulang terbit)

Salam perjuangan buat semua. Sebenarnya tajuk di atas dah diterbitkan sebelum ni. Sengaja diterbitkan semula buat peringatan kita bersama. Marilah kita sama-sama menyelami 'Kisah Manusia' edisi ulang terbit;


Sungguh beruntung kamu dijadikan seorang manusia. Punya perasaan, punya kehormatan, punya segala-gala. Kamu diberi penghormatan ke atas makhluk lain untuk mentadbir muka bumi ini. Kebijaksanaan diwariskan kepadamu supaya menguruskan hal-hal di dunia ini.

Kamu diciptakan dari setitis air, jika titisan itu jatuh ke tanah, ayam tak patuk itik tak sudu. Kemudian dalam beberapa hari, air itu berubah membentuk tulang berupa rangka manusia. Setelah itu rangka tersebut dibaluti daging pejal. Kemudian genap sembilan bulan maka lahirlah kamu ke dunia sebagai sebaik penciptaan.

Jumaat, 16 April 2010

Wahai hamba Allah, bertaubatlah!

Assalamualaikum..

Selamat membaca buat kalian. Tak kira lah baca apo pon asalkan sedang membaca, diucapkan selamat membaca. Di pagi jumaat ni, rasa terharu sikit sangat sebab ... ntah, ta tau kenapa. Tiba-tiba rasa terharu sikit. Mungkin terasa rindu kat kampung laman. Sabar je lah. Setahun je lagi. Kucuba untuk memujuk diri ini yang keharuan.

Mungkin juga terharu memikirkan betapa banyak dosa yang telah dibuat selama ni. Tatkala diri ini memohon perlindumngan dari Allah, dalam masa yang sama diri ini membuat dosa. Tak patut.. tak patut.. Namun, apakan dayaku sebagai seorang insan biasa yang punya pelbagai kelemahan. Tak tahan dek ujian duniawi. Namun, kucekalkan hatiku untuk terus memohon ampun dari Allah. Kerana kutahu, Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Rabu, 7 April 2010

Mata Hati

Pandangan Mata Selalu Menipu
Pandangan Akal Selalu Tersalah
Pandangan Nafsu Selalu Melulu
Pandangan Hati Itu Yang Hakiki
Kalau Hati Itu Bersih

Hati Kalau Terlalu Bersih
Pandangannya Akan Menembusi Hijab
Hati Jika Sudah Bersih
Firasatnya Tepat Kehendak Allah
Tapi Hati Bila Dikotori
Bisikannya Bukan Lagi Kebenaran

Hati Tempat Jatuhnya Pandangan Allah
Jasad Lahir Tumpuan Manusia
Utamakanlah Pandangan Allah
Daripada Pandangan Manusia

Artis: Hijjaz
Album: Pelita Hidup

Jumaat, 1 Januari 2010

SELAMAT TAHUN BARU

Assalamualaikum. Tahun baru menjelma lagi. Mesti terbayang di fikiran anda semua; apa azam aku taun ni? Mesti buat azam baru taun ni. Nak tingkatkan lagi semangat yang mungkin dah terkubur di akhir tahun lepas.

Kenapa setiap taun baru, mesti fikir azam baru? Pada pendapat penulis, itu semua tak perlu. Yang perlu hanyalah meneruskan azam yang telah dibuat dan menyempurkannya. Bagi yang dah sempurna, eloklah memperelokkan azam masing2. Mana mungkin dah sempurna semuanya. Mesti ada terkurang sedikit sebanyak.

Apa2 pun, di sini penulis ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua pembaca. Dan belum terlambat rasanya penulis ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah 1431. Semoga tahun ni kita hidup dalam keredaan-Nya. Insya-Allah. Barokallahu fikum ajma'in...

Jumaat, 11 Disember 2009

Mari Belajar Bahasa Arab

Assalamualaikum. Kepada para sahabat yang dikasihi. Pada kali ini, penulis ingin memperkenalkan kepada anda semua dengan sebuah laman web yang di dalamnya terdapat pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Arab. Bagi anda yang ingin belajar Bahasa Arab, akan tetapi tidak berpeluang berbuat demikian bolehlah menyertai laman web ini. Di mana sahaja anda berada. Tentang waktu, tidak perlu risau kerana anda yang menetapkannya. Tenaga pengajarnya berbahasa Arab Fush-ha. Pembayarannya pun amat lumayan. Berapa bayarannya dan cara pembayarannya boleh disemak di laman web tersebut.

Bagi anda yang berminat, hanya klik di sini;
Arabic Academy Online

Sebarang pertanyaan boleh terus berhubung dengan penulis di alamat emel; islamic_author@yahoo.com

atau

yahoo messenger;
islamic_author

Sekian, terima kasih di atas segala perhatian anda.


p/s: laman web di atas adalah percubaan sahaja. anda boleh juga melihatnya samada ianya baik atau tidak. jika ianya sudah bermula, penulis akan memaklumkan kemudian atau anda boleh berhubung terus dengan penulis sepertimana di atas.

* * *
#MEMBANGUHN BERSAMA ISLAM#
#BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH#

Ahad, 6 Disember 2009

Akibat Dengki

Dalam kegelapan malam itu, ada lagi insan yang masih berdegil tak mahu melelapkan mata. Padahal Allah telah menciptakan siang untuk berjaga dan berkerja dan malam untuk berehat dan beribadat kepadanya. Mana mungkin kita menyalahi adat itu. Namun bagi dirinya, perkara sebegini sudah biasa. Terlintas sesuatu di benaknya lantas bingkas melompat dari tempat bersemayamnya dan terjun ke lantai.



"Astaghfirullah, sakitnya!" keluhnya tatkala kakinya terasa terpijak suatu benda keras di atas lantai yang baru dihenyaknya tadi.



"Pen? Dari mana datangya pen ni?" keluhnya dalam hati. Diangkatnya pen itu dan didapati terdapat seakan kesan darah padanya. Lantas dia usapkan jarinya ke atas telapak kakinya.



"Takde kesan darah. Tapi, dari mana darah ni yer?" keluhnya.



Tiba-tiba, di luar sana guruh berdentum dan kilat sabung-menyabung. Hujan turun dengan lebatnya membasahi bumi hijau yang sudah lama kegersangan air. Ribut kuat hampir menerbangkan semua benda yang menghalang laluannya. Pintu bliknya terhempas kuat dek kerana terjahan angin yang menggila. Tercampak habis baju yang disangkut di kepala katil. Terkejut Badrul oleh bunyi hempasan pintu biliknya. Nafasnya menjadi sesak serta-merta. Teringat akan ubatnya yang sentiasa disimpan di dalam laci meja belajarnya. Sedang dia merangkak menuju meja belajarnya, terasa sesuatu bermain-main di sebalik bajunya.


* * *





Pagi Jumaat, 14 Desember.



"Abu, ada kau nampak Badrul tak? Dah jenuh aku cari. Tak jumpa-jumpa. Katanya semalam nak ikut aku pergi beriadah pagi ni," tanya Amin.



Abu, Amin dan Badrul merupakan tiga sekawan yang tk boleh dipisahkan. Boleh dikatakan ke mana sahaja mereka pergi, mesti bertiga. Tak pernah berenggang. Kalau berenggang pun tak lama. Cuma pada waktu kelas sahaja. Itu pun disebabkan kelas mereka berbeza. Amin di kelas pertama manakala Abu dan Badrul pula di kelas kedua.

"Entahlah min. Aku pun tak tahu. Lagipun aku bukannya bapaknya nak jaga dia setiap masa," keluh Abu.

"Memanglah kita ni bukan bapaknya. Tetapi sebagai sahabat kita patut ambil tahu antara sesama kita," terang Amin menjawab keluhan Abu.

"Eh, jom! Tadi kata nak pegi beriadah. Biar aku temankan kau pagi ni,"

"Emm.. Ok juga. Jom!"

Mereka menyarungkan kasut masing-masing sambil terus berbual. Tanpa mereka sedari, ada sepasang mata yang sejak dari tadi lagi sedang memerhatikan mereka. Laras pistol sudah bersiap sedia ingin memuntahkan pelurunya. Hanya menunggu si pemegang memetik picunya saja. Tiba-tiba...,

suppp...

suppp...

Amin dan Abu rebah hampir serentak di muka pintu bilik.

Tatkala pelajar lain sedang lena diulit mimpi selepas solat subuh, dua insan yang tak bermaya telah pergi meninggalkan dunia ini dengan tragis sekali. Pemergian mereka tidak disedari oleh rakan-rakan mereka sehinggalah pada waktu solat Zohor. Ustaz Khair, pengetua sekolah telah membuat pemeriksaan mengejut ke asrama. Semua pelajar diminta berada di sisi katil masing-masing.

Sampai di bilik 201, didapati tiada sesiapa pun di dalam bilik tersebut sedangkan di situlah beliau meletakkan tiga orang pelajar harapan sekolah. Denagn wajah hairan bercampur rasa tidak sedap hati, beliau bertanya kepada ktua warden asrama, Ustaz Adib.

"Ustaz Adib, di mana mereka bertiga? Bilik pun bersepah. Selalunya tidak begini,"

"Entahlah ustaz. Ana rasa baik kita tanya budak di bilik sebelah. Aiman, mari sini kejap,"

"Ya, ustaz. Ada apa yang tak kena?"

"Kamu ada nampak Abu, Amin dan Badrul tak?"

"Pagi tadi ada. Mereka solat Subuh bersama kami. Amin yang jadi imam,"

"Emm... Tak mengapalah. Terima kasih,"

Ustaz Adib berpaling ke arah mudir.

"Mereka pun tak tahu, ustaz. Nanti saya suruh Halim cari mereka dan bawa mereka ke pajabat,"

"Baiklah kalau begitu. Cepat sambung pemeriksaan. Zohor pun dah lama ni. Tak elok melambat-lambatkan solat,"

Begitulah Ustaz Khair. Tegasnya bertempat. Suka bagi nasihat. Tak kira di mana dan siapa. Hentam saja tapi dengan penuh hikmah.

* * *

Jumaat, 6 November 2009

Tahniah buat sahabat2ku

Assalamualaikum. Sekalung tahniah buat sahabat2ku yang dapat panggilan pengajian di Universiti Madinah. Mereka ialah; Said Hawwa, Zubair, Fathan `Adi dan `Afif Sabawi. Walaupun ada perasaan sedikit sedih kerana mereka tidak lagi dapat bersama di sini, namun rasa bangga telah melebihi segala2nya. Bangga kerana sahabat2ku telah terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke sebuah universiti yang terkemuka di masa kini. Tahniah dan Syabas diucapkan.

Sedih Atau Gembira?

Assalamualaikum dan selamat menjengah ke dalam blog ni. Terima kasih kerana masih sudi untuk melawat blog ni. Sekadar ingin memenuhi waktu yang kurasakan sedikit terluang untuk menaip.

Beberapa minggu lepas, seniorku; Mior, Megat dan beberapa rakan mereka di sini telah pun pulang ke tanah air; Malaysia. Alhamdulillah mereka semua selamat tiba di Malaysia dengan selamat. Setelah menamatkan pengajian mereka dalam bidang Qiraat di Maahad Qiraat Shoubra, alhamdulillah mereka telah berjaya menggapai kejayaan dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Al-Azhar, Mesir. Mereka semua telah mengambil bahagian dalam Knvokesyen yang telah dianjurkan oleh PMRAM(Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir) dan juga JPMK(Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah). Aku harap, aku dan para sahabat yang masih belajar di sini dapat mengikut jejak langkah mereka. Insya-Allah.

Di samping melayan kesedihan dek kerana kepulangan senior ke tanah air, masih ada lagi secebis kegembiraan. Iaitu kembalinya sahabat2 serumahku ke Bumi Mesir ni. Setelah sekian lama bercuti di Malaysia, akhirnya mereka kembali juga ke Mesir ni. Sahabatku Zulfaiz telah mendahului mereka yang pulang bercuti. Beliau yang mengambil jurusan kedoktoran telah sampai pada 14 Oktober 2009 jam 6.00 pagi waktu Kaherah. Diikuti Zuhdi dan Zamri dua hari kemudian dan akhir sekali Ustaz Fakhruddin pada 20 Oktober 2009. Alhamdulillah mereka sampai dalam keadaan sihat wal afiat. Akan menyusul pula ialah Faiz Hamdan, Waafi, dan Imran.

Galeri gambar...

Rabu, 30 September 2009

Pengumuman

Assalamualaikum. Pengajian di maahad tak mula lagi. Amat membosankan. Tapi, ianya tidak lama. Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM) MAQAZ Shoubra telah memaklumkan bahawa maahad kami akan mula dibuka untuk pengajian pada 4 Oktober 2009M, bersamaan 14 Syawal 1430H. Sudah lama aku tak menjenguk maahad. Apa khabar kau wahai tempat belajarku? Diharap dalam keadaan baik.

Apa yang nak disampaikan sebenarnya?

Sebenarnya, aku nak maklumkan bahawa, seorang seniorku, Ustaz Tarmizi bin Affandi merangkap ahli rumahku telah pun menamatkan pengajiannya di sini. Beliau telah berangkat pulang ke Malaysia pada 29 September 2009 jam 3.50 pagi dengan menaiki penerbangan Egypt Air. Setelah menetap di sini selama tiga(3) tahun, mungkin telah banyak ilmu dan pengalaman yang beliau dapat. Diharap beliau dapat membawa pulang ilmu2 dan pengalaman2 beliau ke Malaysia dan mengajarkannya kepada anak watan yang amat dahagakan ilmu2 agama.

Kepada yang telah tamat pengajiannya di Mesir, diucapkan tahniah dan bersedialah menghadapi hakikat sebenar kehidupan. Gunakanlah segala pengalaman yang anda peroleh di sini untuk menghadapi segala macam mehnah dan tribulasi yang sentiasa mengancam hidup umat manusia zaman sekarang dan lebih2 lagi Umat Muhammad s.a.w. Kepada yang masih menuntut di sini, diharap dapat mengambil peluang yang masih diberikan untuk mengutip sebanyak2nya ilmu Allah ygn tidak pernah habis untuk dibawa pulang ke tanah air tercinta.

Semoga kita sama2 mendapat rahmat dan hidayah dari Allah. Sama2lah kita doakan supaya dipermudahkan oleh Allah segala urusan kita dalam jalan menuntut ilmu-Nya. Kepada mahasiswa sekuliah, diserulah untuk sama2 kita memeriahkan kelas pengajian kita di maahad. Tanpa kita semua, siapalah Maahad Qiraat Al-Azhar Shoubra. (^_^)

* * *
#MEMBANGUN BERSAMA ISLAM#
#BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH#

Rabu, 23 September 2009

Aidilfitri

Assalamualaikum semua. Lama jugak tak menulis dalam ruangan blog ni.. Sedar tak sedar, sudah raya. Ape pon, nak ucapkan selamat hari raya buat semua umat Islam. Banyak event yang telah dilalui sepanjang raya yang telah lepas. Antaranya mengunjungi rumah terbuka, menganjurkan rumah terbuka dan lain2 lagi.


Pada tahun ni, rumah kami yang diberi nama Villa Abnajazari telah menganjurkan rumah terbuka sempena Aidilfitri ni. Perancangan telah diatur dua hari sebelum tu lagi. Meminjam periuk besar, alat2an dapur dan lain dari KPKM. Memang memenatkan. Raya pertama memang meriah dan kami raikannya bersama2 anak Kelantan di Mesir. Dalam majlis tu, ada didendangkan dengan persembahan nasyid oleh kumpulan nasyid KPKM.


Raya kedua, kami tidak ke mana2. Dari malam lagi kami bersengkang mata memotong bawang, mengerat daging dan membuat persiapan untuk rumah terbuka pada keesokannya.


Pada sebelah paginya, kami membuat persiapan terakhir untuk menyambut tetamu yang dijangka tiba pada sebelah petangnya. Selepas solat Zohor, ramailah tetamu yang datang bagi memeriahkan majlis rumah terbuka ni..


Diharap, dengan mengadakan rumah terbuka ni, dapat menghilangkan sedikit rasa rindu kami kepada kampung halaman. Kepada keluarga, diharap bersabar menantikan kepulanganku ke tanah air.


Dikesempatan ni, penulis ingin memohon maaf di atas segala salah dan silap yang mungkin ada dalam kalangan rakan2, sahabat2 dan teman2 seperjuangan. Semoga raya pada tahun ni akan dapat mengeratkan lagi ukhuwah antara kita. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke villa kami.


Antara gambar2 yg sempat dirakam. KLIK
* * *
#SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI#

#MAAF ZAHIR & BATIN#

Selasa, 25 Ogos 2009

Buat Cintaku Yang Maha Agung


Aku selalu rindukan cintaMu

Aku selalu dambakan kasihMu

Agar ianya bertapak di hati

Agar ianya kekal abadi


Bagaikan gunung kutunjukkan cintaku padaMu

Bagaikan laut kuhamparkan rinduku buat tatapanMu

Bagaimana lagi harus kuungkapkan padaMu

Betapa dalamnya rasa cintaku padaMu


Cintaku kurasakan semakin pasti

Caraku kurasakan semakin bertepatan dengan kehendakMu

Cuma kutidak pasti adakah terselit secebis kekurangan

Caraku dalam mendapatkan cintaMu Yang Maha Agung


Dalam ku mencari cinta sejati

Dari kecil hinggalah jasad roh serta akalku sudah besar dan matang

Dapat kurasakan suatu rasa yang amat lazat bagi sesiapa yang bisa mendapatkannya

Dan rasa itu adalah cintaMu Yang Maha Agung


Engkau terus kupuja dan kupuji dalam pengabdian

Entah berapa lama lagi akan dapat ku bertahan

Engkau bagaikan ingin menguji kesetiaan

Entah esok entah lusa barulah Kau berikanku jawapan


Jika telah ditakdirkan aku tidak sempat untuk mengecapinya

Janganlah Kau terus campakkan aku ke dalam Rumah AzabMu

Jika terdapat secebis keikhlasan dalam kata-kata cintaku kepadaMu

Jadi pertimbangkan dengan RahmatMu supaya dapat aku kecapi cintaMu Yang Maha Agung


Kuat benar Kau menguji keikhlasan cintaku padaMu

Kian dekat ku dengaMu kian jauh pula Kau dariku

Kepada siapa lagi harus aku luahkan rasa cinta ini

KepadaMu aku meminta pertolongan dan kepadaMu aku berserah diri


Sekarang aku masih tertanya-tanya perihal cinta kita

Semakin bertambah atau semakin berkurang

Setelah kufikirkan dengan mengambil kira kata-kataMu lebih seribu tahun dahulu

Sekaligus membuat kesimpulan bahawa aku masih tidak layak untuk memililki cintaMu


Tidaklah susah untuk mendapatkan cintaMu

Tentang amalku perlulah sentiasa diperbaiki tanpa rasa jemu

Tapi sudah suratan rasanya atas diriku

Terlalu sukar untukku terus-menerus memperbaiki amalku


Untuk memiliki cintaMu memerlukan ikhlas yang berpanjangan

Untuk memilikinya juga memerlukan pengabdian yang tidak bekesudahan

Untunglah bagi sesiapa yang telah memilikinya dek kerana kesungguhannya yang sebegitu

Untunglah jika aku juga mendapat cintaMu Yang Maha Agung itu


* * *





Ahad, 9 Ogos 2009

Kenapa 'SEBUAH PERTEMUAN'?

Assalamualaikum w.b.t. Pada kali ini penulis ingin membawa para pembaca kepada persoalan yang telah ramai mempersoalkannya. Kenapa 'SEBUAH PERTEMUAN'?

Semuanya bermula di sini...

Baru-baru ini, abang seniorku di sini; Han Ri menyatakan ketidakfahaman beliau terhadap tajuk blog ni.. So, timbul satu rasa di benak ini untuk mengeluarkan entri yang sebegini..

Sebenarnya, aku mengenali alam siber ni sudah lama. Sejak kecil lagi. Namun tidaklah meluas seperti sekarang. Akan tetapi minatku terhadapnya amatlah mendalam. Sejak dari darjah 3, aku mula berjinak-jinak dengan komputer di makmal komputer di sekolah rendahku dahulu; Sekolah Kebangsaan Dalam Ru. Mungkin ramai yang tak kenal skolah tu. Tapi tak mengapalah.

Seterusnya.. Oh ya, sebelum terlupa, waktu tu my ym tk de lagi.. Aku pon tak tahu lagi pasal tu.. Tiada pendedahan.. Maklumlah, sekolah di kampung. Aku cuma tahu menaip dan perkara 'basic' lam komputer. Tu je.. Tapi tahu lah juga sikit-sikit tentang komputer nii..

Aku mula berjinak-jinak dengan ym ni agak lewatlah jugak berbanding dengan budak-budak zaman sekarang. Masa form4 rasanya. Waktu tu aku belajar kat MTAQ Pulai Chondong, Machang(MTAQPC).

Gambar Bangunan Utama MTAQPC

Maka bermulalah penerokanku di alam siber. Maklumlah, masa tu semua dah canggih. Otakku pon dah canggih semacam. Baru je kenal dengan ym, dah terokai yang lain; friendster, tagged, dll. Tapi masa tu friendsterlah yang tersohor dalam kalangan kami.

Nak dipendekkan cerita, dah pun masuk tahun akhir di MTAQPC. Sebelum keluar dari MTAQPC dan membuat persediaan ke Tanah Anbiya' ni, aku tengok ramai dalam kalangan rakan-rakan seperjuanganku dah ada satu lagi aplikasi web; BLOG. Sungguh, aku tak tahu pun apa itu blog. So, aku buat 'donno' je.

Sampailah satu ketika... Masa tu aku dah kat Egypt, baru sampai. Dalam dua bulan kalau tak silap aku. Seorang sahabat bertanya,

"kau ada blog tak? Aku dah ada".

"Ye ke? Tak tanya pon. Eh, blog tu penama?" (apa itu blog?)

"Blog tu kalau kau nak tau, bla....bla.....bla...bla....bla..."

Dengan panjang lebarnya dia bercerita. Aku pun tertariklah dengan ceritanya. Oh, sebelum terlupa, aku ingin nyatakan namanya. Beliau adalah Sa'id Hawwa. Mungkin dah ramai yang kenal dan mungkin juga ramai yang tak kenal. Normal lah. Amat mustahil bagi kita untuk kenal dengan semua penduduk Malaysia khususnya, apatah lagi seluruh dunia amnya. Amat berjayalah juga blog beliau. Disebabkan aku tengok blog beliaulah maka aku tertarik untuk memiliki blogku sendiri.

Aku minta pertolongan saudara Sa'id untuk membina sebuah blog untukku. Dia pun bersetuju. Maka terciptalah sebuah blog. Tapi tak sempurna lagi. Nama tak letak lagi. Aku fikir punya fikir, maka keluarlah dari fikiranku yang amat genius ni...kononnyalah... sebuah nama yang ada sekarang, 'SEBUAH PERTEMUAN'.. Aku sendiri pun tidak tahu apakah rasionalnya aku pilih nama tu. Tapi mungkin kerana aku mula bertemu dengan sesuatu yang baru dan amat unik bagiku. Ku harapkan semoga dengan terciptanya blog ini, dapatlah aku menyampaikan dakwah dalam bentuk penulisan kepada semua.

Dan sekarang, terciptalah dengan jayanya sebuah blog. Ianya telah selamat dirasmikan pada pada pukul 6.48 petang oleh Mohd Fikri bin Mat Ali. Penulis blog ini merangkap ahli Villa Abna Jazari.

Sekian, wassalam.




Jumaat, 31 Julai 2009

Nukilan Buat Sahabat


Sahabat,
Aku hargai segala pengorbananmu,
Tidakkan ku lupa segala nasihatmu,
Yang kukira amat berguna buatku,
Buat mengisi waktu tuaku.

Sahabat,
Ku menyusun sepuluh jari memohon kemaafan,
Sekiranya diri ini ada melakukan sebarang kesalahan,
Yang tersirat atau tersirat dari penglihatan,
Semoga sama-sama kita terlepas dari seksaan.

Sahabat,
Aku tahu kau memang seorang sahabat sejati,
Yang bisa membuat semua sahabatmu sejuk hati,
Yang ku bimbangi hanyalah hati ini,
Adakah ikhlas menerima persahabatan ini?

Sahabat,
Masih ku ingat bagaimana mulanya pertemuan,
Saat ku sendirian kau datang memberikan harapan,
Bukanlah banyak yang telah kau berikan,
Namun akanku abadikan dalam ingatan.

Sahabat,
Satu ketika aku rasa diri ini terlalu jauh darimu,
Dapat kurasakan bahawa kau selindung sesuatu dariku,
Namun kau sungguh bijak menyembunyikan sesuatu,
Hingga aku hampir tidak mahu ambil tahu.

Sahabat,
Sampai masanya aku membuat pengakuan,
Diri ini kurasakan sudah keterlaluan,
Hingga sanggup ku lakukan sedemikian,
Hanya kerana mengikut telunjuk syaitan.

Sahabat,
Sebenarnya aku telah banyak melakukan kesalahan,
Sungguh dapat kurasakan kau tidak perasan,
Bagaimana harus kukatakan,
Moga-moga tidak termakan dek perasaan.


Sahabat,
Aku ingin mengatakan sesuatu,
Namun aku sendiri tidak pasti,
Adakah harus aku nyatakan di sini?
Ataukah harus kunyatakannya di hadapanmu sendiri?

* * *


p/s: Penulis ingin menterjemahkan isihatinya kepada sahabatnya yang mana telah banyak membantu beliau. Diharapkan sahabat kepada penulis akan membaca artikel ini dan memahami apa yang ingin disampaikan oleh penulis.

Jumaat, 24 Julai 2009

"KATA ITU KOTA"



Sedang dia berseorangan menghadap laptop barunya di bilik, dia dapat merasakan hari itu sungguh pelik. Terasa seperti ada 'sesuatu' sedang memerhatikannya. Namun tidak diendahkannya. Diteruskan kerjanya yang terbengkalai sejak sekian lama. Terus menerus tertangguh. Begitulah rutin hariannya. Janji kepada pengikut itu dan ini. Tetapi, janji hanya tinggal janji.




Tiba-tiba terasa dirinya di awangan. Terbang tinggi melayang-layang di awangan. Dalam keadaan begitupun masih lagi memikirkan pangkatnya, darjatnya, hartanya dan segala kemewahannya.




> Kau memang manusia tak guna!!


>> Aku?? Aku tak berguna?? Bukankah selama ini apa yang aku buat untuk kebaikan bersama?


> Memang kau tak guna!! Kau menasihati orang lain, namun dalam masa yang sama kau sendiri tak buat. Bahkan lebih teruk dari mereka yang kau nasihati.


>> Bukankah nasihat itu amat berguna buat orang-orang Mukmin..??


> Memang ianya berguna kepada orang Mukmin. Akan tetapi, lupakah kau akan firman Allah s.w.t. yang bermaksud;




" KAMU MENYURUH MANUSIA MELAKUKAN KEBAIKAN DAN DALAM WAKTU YANG SAMA KAMU SENDIRI MENINGGALKANNYA, SEDANGKAN KAMU MEMPELAJARI AL-KITAB. TIDAKKAH KAMU MENGETAHUI?"




> Dan maksud firmanNya lagi;




" MENGAPAKAH KAMU MENGATAKAN APA YANG TIDAK PERBUAT? KEMURKAAN YANG BESARLAH DI SISI ALLAH; KAMU MENGATAKAN APA YANG TIDAK KAMU PERBUAT"




> Sedarlah diri kau wahai hamba yang hina. Kamu hanyalah seorang hamba Allah yang amat lemah. Tidak selayaknyalah bagi kau untuk berbuat sewenang-wenangnya di atas muka bumi Allah.


>> Tolonglah aku ya Allah.. Ampunilah aku ya Allah.. Kasihanilah hambaMu yang lemah lagi >hina ini.. Aku masih lagi hambaMu yang mengakui sekaligus mengimami keWejudan dan keEsaanMu ya Allah..


> Sudahlah wahai manusia. Usah diratap lagi. Jika dari dahulu lagi kau meratap, memohon ampun kepada Allah sebegini, mungkin Allah akan menerimamu.


>> Kenapa?? Kenapa?? Di manakah aku sekarang?? Di mana??


> Segalanya telah terlambat.. Kau sekarang bukan lagi berada di Alam Dunia. Kau sekarang sedahpun berhijrah ke ALAM BARZAKH!!


>> Benarkah wahai teman?? Tapi, siapakah kau?? Aku tidak mengenali kau!!


> Kau tak kenal aku!! Aku lah amalanmu yang KEJI!!


>> Hah..?? Tidak....... Tidak........ Aku tidak percaya.. Aku tidak mati lagi. Aku masih hidup..!! Kau lihat, aku masih gagah lagi..


> Tidak!! Kau sudah mati. Terimalah hakikat ini. Anak-anak kau telah ditingalkan. Isteri kau telah ditinggalkan bersendirian. Harta, pangkat, darjat, kuasa dan segala kemewahan kau telah kau tinggalkan. Lihatlah dengan mata kepala kau. Anak-anak dan isteri kau sedang sibuk merebut harta tinggalan kau.


>> Kenapa sebegitu rupa mereka bertelagah?? Sehinggakan ada yang ingin berbunuhan??


> Itu adalah kerana kau tinggalkan mereka dalam keadaan kau tidak memberi mereka pelajaran agama yang secukupnya..


>> Oh isteriku.. Oh anak-anakku.. Janganlah kamu bertelagah lagi.. janganlah kamu seksa ayah lagi..


> Sudahlah.. Kau menangis air mata darah sekalipun, kau tak dapat mengubah tetapan yang Allah sediakan untuk kau..


>> Tolonglah aku.. Aku takut..


> Baru sekarang kau takut?? Kenapa?? Bukankah dahulu masa kau hidup di dunia begitu lantang dan berani kau mencabar hukum-hukum yang telah ditentukan Allah..??


>> Ya, tapi aku telah pun bertaubat..


> Bertaubat? Hahaha... Bertaubat kemudian kau ulanginya..?? Begitu kau kata bertaubat?? Semudah itu??


>> Ya, yang penting telah bertaubat kepada Allah..


> Tidak semudah itu hai manusia.. Ayuh, sekarang panggillah pengikut-pengikut kau masa di dunia dulu dan mintalah pertolonagn dari mereka. Bukankah dahulu kau telah 'menolong' mereka?? Nah, sekarang masa kau pula meminta pertolongan dari mereka..


>> Tapi, di mana mereka?? Mereka di mana??


> Itu mereka!! Lihatlah mereka dengan wajah itdak bermaya menerima pembalasan yang setimpal dengan segala amalan mereka di dunia dahulu. Akan tetapi perlu diingat.. Itu hanya sedikit.. Ada lagi yang lebiuh dahsyat yang menunggu mereka di Hari Pembalasan nanti..


>>Bagaimanakah nasibku?? Adakah aku juga akan bersam-sama mereka??


> Terserah kepada Allah.. Adakah Dia mengampuni dosa-dosa kau yang lampau.. Jika diampuni, alhamdulillah.. Jika sebaliknya, maka bersama merekalah kau. Bahkan lebih berat lagi dek kerana kau adalah pemimpin bagi mereka, akan tetapi kau tidak membawa mereka ke arah kebaikan..




* * *




p/s: sekadar ingin mengingatkan rakan-rakan seperjuangan..




Jumaat : 24 JULAI 2009 M/01 Rejab 1430H